Tuesday 31 January 2012

HARGA EMAS JANUARI 2012 : PERMULAAN TERBAIK SEMENJAK 1983!!

Sebelum memulakan coretan mengenai satu lagi topik yang agak menarik hari ini, selamat menyambut Hari Wilayah diucapkan kepada semua warga kerja yang berada di ibu kota dan selamat bekerja bagi mereka yang berada di luar Kuala Lumpur.Tajuk yang ingin saya huraikan kali ini sebenarnya agak menarik untuk kita kaji dan fikirkan terutama bagi mereka yang masih ragu2 mengenai keupayaan emas dalam menjaga harta kekayaan kita semua..

Okeh,mari kita tgk bersama2 graf harga emas duni bagi awal tahun ini iaitu Januari 2012.





Harga Emas January 2012




Berdasarkan graf di atas,antara yang dapat dirumuskan ialah :
  • Harga meningkat dari 1570 usd/oz sehingga 1730usd/oz iaitu peningkatan sebanyak 160usd/oz.Dalam ertikata lain,peningkatan harga emas bagi Januari sahaja adalah sebanyak 10.2% sebulan !!.Cuba bayangkan sekiranya peningkatan ini adalah konsisten.. Berapa banyakkah appreciation value nilai emas anda pada penghujung tahun ini??..Tentu menarik bukan?
  • Terdapat 2 kali peningkatan harga emas secara mendadak iaitu dipermulaan tahun baru  (2-3 Januari) dan selepas sambutan tahun baru cina (24-25 Jan).Kenapa ini terjadi??..cuba kita tgk graf untuk 2 bulan yang terdahulu pula..Dec 2011 - Januari 2012
Harga Emas December 2011 dan January 2012


  • Peningkatan drastik kali pertama berlaku sesudah pengambilan untung/penjualan emasdilakukan oleh pelabur emas dunia di hujung tahun 2011.Untuk makluman,penghujung 2011 merupakan bottom line bagi kejatuhan harga emas untuk tahun tersebut (harga lebih kurang 1530usd/oz) dan sesiapa yang telah membeli emas pada masa tersebut maka sgt2 beruntunglah mereka..
  • Peningkatan drastik kali kedua pula antara lain disebabkan oleh pengumuman yang dibuat oleh U.S Federal Reserve untuk mengekalkan interest rate pada kadar hampir 0% (ulta low) bagi menggerakkan ekonomi mereka (dan dunia) sehingga tahun 2014..bermakna harga emas akan menyaksikan kenaikan yg stabil bagi tempoh 3 tahun yang akan datang..
  • Selain daripada faktor tersebut,antara faktor2 lain yang menjadi pemangkin kepada kenaikan harga emas di awal tahun ini ialah
    • Kelemahan ekonomi negara2 eropah yang masih berterusan seperti Greece,Ireland,Itali,Sepanyol dan Portugal..(Negara2 ni semua bukan negara kelas ke-2 atau 3..tetapi mengapa boleh jadi begini?..fikir2kan lah..)
    • Krisis ketenteraan Iran - Amerika di teluk Hormuz berikutan isu nuklear yang masih belum reda
    • Kekangan ekonomi yang dikenakan dunia (diterajui Amerika) terhadap Iran menyebabkan harga minyak kembali meningkat (Untuk info,Iran adalah salah sebuah negara pengeluar terbesar minyak dunia).
    • Sambutan Tahun Baru Cina ( pembelian emas sebagai hadiah @ token )
    • Ha...yang paling menarik ialah apabila India dan China bersedia untuk membeli minyak dari Iran dengan menggunakan EMAS..hermm, oil for gold..

Pada pendapat saya,mana2 pelabur yang masih dalam keadaan tercari2 sumber pelaburan yang selamat dan menjanjikan pulangan yang berbaloi @ tinggi..beralihlah kepada EMAS sekarang..Kerana apa? kerana awal tahun 2012 ialah ...PERMULAAN TERBAIK SEMENJAK 1983!!

Wallahualam..


Berminat dengan pelaburan emas / perak?
Ingin membeli @ menjadi agent ?
Hubungi saya di 012-2040154 
Email di asyudi.junoh@gmail.com
Dealer Public Gold (PG017578)

Friday 27 January 2012

JENIS-JENIS EMAS:PART 2

Fuhh..terasa cam lama je dah tak update blog ni.setelah menghadiri kursus selama seminggu ditambah dengan cuti sempena raya cina lagi seminggu..hampir 2 minggu tak sempat nak pegang laptop.Nak update ikut handphone macam tak sesuai la pulak..

Ok,sekarang kita sambung pulak dengan cerita pasal emas lagi.kali ni berkenaan gred2 emas yang ada dipasaran kita..meh tgk..


APA ITU KARAT ( K ) ?

KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.
24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.


JENIS EMAS    KETULENAN (KARAT)    % KANDUNGAN EMAS
24 K                    999                                        99.9
22.8 K                 950                                        95.0
22 K                    916                                        91.6
21 K                    875                                        87.5
20 K                    835                                        83.5
18 K                    750                                        75.0
14 K                    583                                        58.3
9 K                      375                                        37.5


Jika mengikut pengiraan standard, emas 24K adalah emas paling tulen dengan peratus ketulenan emas 99.99%, iaitu logam emas tanpa campuran logam lain. Ianya juga dikenali sebagai Emas 999.Bagi orang dulu2,mereka juga mengenalinya sebagai Emas Kertas @ Emas Sepuluh @ Chuk Kam.

Oleh kerana sifat emas yang lembut dan mudah ditempa, ia biasanya dicampurkan dengan logam lain biasanya Silver (perak) untuk menjadikan ia lebih keras dan dapat dibuat bentuk seperti cincin, rantai dan gelang dengan corak yang menarik.Campuran emas dengan logam lain inilah menjadikan peratusan ketulinan emasnya pelbagai.

Nama-nama lama panggilan kepada Emas :

Emas 1 Dinar = 4.25gm
Emas Se Amas = 2.551 gm
Emas Se Rial =2.70 gm
Emas Se Kupang = 0.64 gm
Emas 2 Kupang = 1.28 gm ( Kupang Terengganu )
Emas 6 Suku ( sama dengan 1½ mayam ) = 5.06 gm
Emas 5 Busak ( sama dengan ½ Mayam ) = 1.69 gm

Emas yang paling sesuai untuk pelaburan?

Kalau diikutkan,emas yang paling sesuai untuk dibeli@dimiliki oleh mana2 pelabur bagi mendapatkan pulangan yang maksima ialah emas 24k@999.Kebiasaannya emas jenis ini didapati dalam bentuk jongkong atau coins.Selain harganya yang tinggi (paling mahal diantara jenis2 emas lain),ianya juga mempunyai nilai perbezaan harga jual dan beli (spread value) yang kecil dan ini mempercepatkan proses mendapatkan keuntungan meskipon dalam tempoh yang singkat@sederhana.




Gambar di atas merupakan contoh sebenar emas fizikal yang boleh anda miliki sekiranya berminat untuk melabur dalam emas.Caranya sungguh mudah..beli,simpan dan jual balik kepada saya@mana2 cawangan Public Gold setelah harganya meningkat kelak..
Fikir2kanlah untuk kesenangan kita dimasa hadapan..


Wallahualam..

Berminat dengan pelaburan emas / perak?
Ingin membeli @ menjadi agent ?
Hubungi saya di 012-2040154 
Email di asyudi.junoh@gmail.com
Dealer Public Gold (PG017578)

Saturday 14 January 2012

JENIS-JENIS EMAS :PART 1

Semalam,saya telah menghadiri satu lagi seminar berkenaan pelaburan emas oleh En.Syukor Hashim di Office Public Gold cawangan Sunway dan info2 yang diberikan oleh beliau sememangnya memberi banyak manafaat dan yang terkini.Selain daripada bercerita pasal emas,suatu yang menarik adalah beliau telah mengupas sedikit mengenai teknik2 menjadi pelabur emas aktif untuk mendapatkan pulangan yang maksimum..kalau pasif pon tetap untung jugak,cuma mungkin jumlah keuntungannya berbeza sikit la..Kaedah analisis harga emas melalui software Meta Trader 4 dan applikasi Fibonaccci Retracement menarik minat saya untuk mendalami ilmu ini di masa akan datang (pening jugak la nak paham).Walaubagaimana pon,beliau hanya mengupas kaedah tersebut secara luaran kerana kiranya bersungguh2 untuk belajar teknik tersebut,kelas khas dengan bayaran bersesuaian ada disediakan.(mana sumer bleh kasi free beb,dia pon nak cari makan gak..hehe).InsyaAllah,saya akan mengikuti kelas beliau suatu hari nanti.

Ok,berbalik kepada topik asal post ni,disebabkan ini adalah antara persoalan lazim yang ditanya oleh mereka yang baru berjinak dengan ilmu emas,mari kita tengok bersama2 ..



Emas Kuning








  • Emas yang paling lazim didapati di pasaran dan mudah dikenali dari segi warna.
  • Boleh didapati dalam pelbagai bentuk : Jongkong,barang kemas dan perhiasan
  • Paling sesuai untuk pelaburan ; terutamanya yang berketulinan 99.99% (kerana nilai jualan dan belian balik yang tinggi).



Emas Putih






  • Emas yang dicampur dengan aloi2 lain seperti palladium dan perak untuk dijadikan barang kemas (cincin,gelang,rantai dsb).
  • Peratusan ketulinan emasnya pelbagai dan paling tinggi biasanya 75% @ 18K (ketulinan dan karat ni akan diterangkan lebih lanjut di next post).Cth : 75% emas + 25% campuran nikel,perak atau logam lain seperti paladium.
  • Warna asalnya ialah putih lesu/putih kelabu menyebabkan ianya kurang menarik.Disebabkan ini,kebiasaannya ia disadur dengan dengan logam lain seperti Rhodium untuk menjadikannya lebih putih berkilat.

Platinum


  • Logam asli yang mempunyai warna putih dan tidak memerlukan campuran logam lain untuk dijadikan barang kemas/perhiasan.
  • Lebih tumpat/dense berbanding emas putih.
  • Kebiasaannya mempunyai ketulinan 95% (95% purity) @ emas 950.
  • Harganya lebih mahal berbanding emas putih (2 kali ganda berbanding emas putih 18k!)
Haa..ini baru jenis2 emas..belum lagi kategori @ ketulinan emas itu sendiri.Saya akan sambung sikit lagi  mengenai tersebut di next entry..InsyaAllah.

Bercerita mengenai prestasi minggu ini pula,harga emas telah dibuka pada 1608 usd/oz (Isnin,9/1) dan ditutup pada harga 1638 usd/oz (Jumaat ,13/1).Kenaikan tertinggi harga emas adalah 1659 usd/oz ( Khamis,12/1).Dengan pelbagai spekulas mengenai ketegangan Amerika Iran di teluk Hormuz yang masih belum selesai berserta permintaan tinggi sempena sambutan tahun baru cina ,harga emas dijangka akan terus meningkat dalam masa terdekat...



Wallahualam..

Berminat dengan pelaburan emas / perak?
Hubungi saya di 012-2040154 
Email di asyudi.junoh@gmail.com
Dealer Public Gold (PG017578)



Monday 9 January 2012

PELABURAN EMAS:KENAPA HARUS BERTANGGUH?

Setelah melalui hujung minggu yang memeritkan (maklumlah,menonton bolasepak piala sumbangsih di stadium dan berakhir dengan kekalahan team yang disokong!!),saya kembali berpijak di dunia nyata.Adat permainan,ada menang ada kalah..dan ianya juga boleh diaplikasikan dalam dunia pelaburan hari ini..ada masa untung,ada masa rugi.Walaubagaimanapon,bukan itu topik yang saya nak kupas hari ni..ianya lebih kepada persoalan masa..iaitu,kenapa kita harus BERTANGGUH?

PELABURAN EMAS:KENAPA HARUS BERTANGGUH?
Menurut istilah,bertangguh @ "procrastination" adalah perbuatan dimana kita mendahulukan perkara kurang penting berbanding perkara yang lebih penting yang secara tak langsung boleh mendatangkan kerugian kepada kita kelak.Apabila kita mengimbas kembali tahun 2011..ia sebenarnya adalah tahun yang penuh dramatik.Bermula dengan kadar kenaikan inflasi yang tinggi,krisis negara2 euro,kejatuhan harga stock dan diakhiri dengan kekhuatiran akan berlakunya "recession".Itu adalah antara fakta yang telah berlaku pada 2011..tapi harus diingat..pakar2 ekonomi telah mengandaikan bahawa tahun ini (2012),ekonomi dunia akan lebih mencabar!!



Graf 30 hari harga emas usd/oz

Kalau diperhatikan,harga emas pada tahun ini telah dimulakan pada kadar 1565usd/oz @ 2 Januari 2012 dan pada masa post ini ditulis,9 Januari 2012,harganya telah meningkat kepada 1617usd/oz!
Dalam ertikata lain,ianya telah meningkat sebanyak 52 usd/oz dalam masa seminggu.Dan kita masih ada berpuluh2 minggu lagi sebelum kita akan menutup tirai tahun 2012 ini..

Pada pandangan saya,tempoh masa sekitar hujung tahun (Nov - Dis) sehingga ke awal tahun ( Jan-Feb) adalah masa terbaik untuk memulakan pelaburan.Kadar harga yang kebiasaannya merudum sedikit dari kebiasaan membolehkan kita mendapat pulangan yang optimum dikemudian hari .Jadi,sebagai pelabur bijak,kita haruslah mengambil kesempatan diatas "bullish period" ini kerana selain ekonomi global yang tidak menentu...iklim semasa dan perpecahan dikalangan negara2 euro akan mengharu-birukan lagi sistem pelaburan semasa yang sedia ada.Emas adalah antara alternatif terbaik yang perlu diambil kira pada mana2 pelabur dimasa ini.


Anda boleh berfikir dan terus menunggu..jangan sampai keras kat situ dah la..:P

BERTINDAKLAH SEKARANG!
Jadi,apa tunggu lagi?Mulalah bertindak melabur dalam emas fizikal sebelum harga emas kembali ke paras yang mungkin melampaui kemampuan kita kelak..

Ni haa citer pasal kenaikan harga emas dlm paper sun 11/1/2012..fikir2kanlah..
http://www.thesundaily.my/news/263094

"Thinking without action is as good as not thinking" - anonymous

Wallahualam..

Berminat dengan pelaburan emas / perak?
Hubungi saya di 012-2040154 
Email di asyudi.junoh@gmail.com
Dealer Public Gold (PG017578)




Friday 6 January 2012

Seminar Pelaburan Emas "Percuma" Januari 2012

Seminggu pertama di tahun baru ini hampir berlalu.Beberapa rakan saya yang sebelum ini "antara"mereka yang beratur di bank untuk mengeluarkan simpanan amanah saham masing2 sudah mula beralih arah kepada simpanan emas.Kebanyakan antara mereka berkata "nyesal aku tak masuk awal2.."..."takpe bro,better late than never.."..itu lah antara nasihat yang boleh saya berikan.

Tu selingan je..

Ok,untuk mereka2 yang masih mencari hala tuju dalam pelaburan emas,di sini ada satu peluang keemasan yang ingin saya beritahu..apakah dia?? Seminar Pelaburan Emas "PERCUMA"..haa,tang percuma yang saya rasa ramai berminat tuh.Bila dan kat mana?Tgk kat bawah ni..


Kalender Seminar EMAS Public Gold bagi Januari 2012 (Rujuk alamat penuh di bawah untuk maklumat lanjut)

Ha..dah dapat? So,apa tunggu lagi..jom kita ramai2 gi dengar ceramah mengenai pelaburan emas yang FOC ni..
Siapa yang patut pergi?
  • Mereka yang baru hendak melabur/membeli emas @ perak sebagai simpanan
  • Mereka yang dah melabur 
  • Mereka yang berminat nak jadi Agen/Dealer Public Gold
  • Mereka yang hendak melabur tetapi tak pasti pelaburan apa yang patut mereka ceburi

Kenapa harus pergi?
  • Ilmu tentang emas yang menyeluruh dalam masa 2-3 jam
  • Disampaikan oleh mereka yang berpengalaman
  • Boleh bertanya 1001 soalan berkenaan emas@perak kepada speaker@dealer2 lain
  • Boleh bertukar2 pandangan dengan rakan2 baru selepas sessi ceramah (biasanya ada sessi TT informal dikedai2 dsb)
  • PERCUMA...lagi sekali..PERCUMA
Sebarang pertanyaan,boleh call@sms saya di 012-2040154.
Kalau ceramah di KL ni (Sunway),boleh pergi sekali..Insya Allah.

Berminat nak jadi Agen/Dealer? Call @ SMS saya dan bagitahu butiran2 seperti dibawah
  • Nama Penuh
  • IC
  • No Tel utk dihubungi
  • Alamat e-mail
  • No Acc (Maybank @ Public Bank) utk tujuan pembayaran komisyen
  • Produk Public Gold (Emas @ Perak)yang ingin dibeli ; boleh campur yang mana jumlah keseluruhan pembelian hendaklah sama@melebihi 20k 

 Alamat Lengkap Cawangan Public Gold Seluruh Malaysia


Cawangan Public Gold Akan Datang


Nota Penting
Seminar Alan Poon bermula jam 2ptg - 4ptg kecuali Melaka & Sunway jam 8mlm-10mlm
Seminar Azizah bermula jam 830mlm - 1030mlm kecuali 16/1/2012 jam 4ptg - 6ptg

Seminar Faizan, Pokli & Syukor semua bermula jam 830mlm - 1030mlm

Jadi,kepada mereka yang berminat ingin menceburi pelaburan emas dan perak fizikal ini..saya galakkan sangat anda semua pergi..as i said before in my first post " Knowledge is power"..fikir-fikirkanlah..

Wallahualam..

Berminat dengan pelaburan emas / perak?
Hubungi saya di 012-2040154 
Email di asyudi.junoh@gmail.com
Dealer Public Gold (PG017578)

Wednesday 4 January 2012

Diversification

Hermm..sekolah mula dibuka,office pon dah start penuh (kecuali bagi ibu bapa yang mengambil cuti untuk menghantar anak2 ke sekolah).Selain itu,satu lagi perkara menarik awal2 tahun ni ialah situasi di bank!..Panjang giler org beratur..kebanyakannya nak updata ASB,ASW,ASM dsb.Pemberian dividen ASB sebanyak 7.15% +  bonus sebanyak 1.15% sedikit sebanyak telah "menceriakan" suasana di kebanyakan bank..Tapi,takkan selonggok kita nak simpan amanah saham?..takde kaedah lain ke yg lebih bermanafaat @ lebih untung?..Haa..yang ni la yang nak citer ni..sabo2.


Kepada yang biasa melabur (tak kiralah melabur kat mana pon),perkataan "diversify @ diversification" ni mesti sinonim dengan mereka.Mengikut sudut kewangan, "diversification" @ kepelbagaian ni adalah satu kaedah dimana ianya bertujuan untuk mengurangkan risiko pelaburan dengan mempelbagaikan sumber pelaburan.Pelabur bijak biasanya akan melabur di pelbagai jenis aset @ komoditi dengan harapan mendapat pulangan yang lebih tetapi dalam masa yang sama dapat mengurangkan risiko kerugian.Jesteru itu,sekiranya selama ni kita asyik melabur dalam ASB je (contoh je la),why not kita cuba try test diversify pelaburan kita.

Contohnya,kalau kita ada 20 ribu dlm ASB, kita keluarkan 10 ribu @ separuh darinya dan melabur dalam bentuk emas fizikal! Dihujung tahun kelak,cuba buat perbandingan kenaikan harga emas dan dividen yang didapati dari amanah saham..berbaloi @ tidak.No harms trying rite?Lagipon,secara tak langsung kita telah menambah portfolio pelaburan kita.Nah..sekarang kita telah diversify pelaburan kita dan secara tak langsung dah jadi pelabur bijak cam dik cerdas..




Kalau sebelum ni kita melabur dalam bentuk stock market,property dan amanah saham...


Apa kata kita "DIVERSIFY" pelaburan kita dalam bentuk "EMAS"

Betul..emas tidak menjanjikan dividen dan jarang mendambakan kita dengan "thrilling spike" seperti mana forex@ kebanyakan jenis pelaburan lain TETAPI...ianya adalah satu aset yang nilainya berkadar terus dengan peningkatan tahun,mepunyai nilai intrinsik,mudah dijual beli (liquid) dan diperdagangan di pasaran global 24 7.Dari segi kenaikan tahunan..rasanya saya telah bercerita di post saya sebelum2 ini dan sememangnya berbaloi2..Kalau ada update terbaru mungkin boleh di-repost balik.Saya pasti ramai dikalangan kita telah update buku amanah saham masing2 dan inilah peluang terbaik @ masa yang sesuai untuk melakukan gold investment diversification..kerana apa?Kerana harga yang masih rendah dipasaran dan juga mudah untuk kita membuat perbandingan kelak..

Ohh..berkenaan emas pula,seperti diduga..setelah menceruni laluan sukar sehingga ke paras 1523 usd/oz pada 29 Dec 2011..harganya kembali stabil dan mencecah paras tertinggi dalam tempoh 10 minggu iaitu di paras melebihi 1600 usd/oz smlm (Selasa,3 jan)..Phew..Kebimbangan berkenaan penghasilan tenaga nuklear Tehran,kenaikan harga minyak global dan kejatuhan dollar berbanding ringgit mengukuhkan lagi nilai emas pada minggu ini.

Wallahualam..


Berminat dengan pelaburan emas / perak?
Hubungi saya di 012-2040154 
Email di asyudi.junoh@gmail.com
Dealer Public Gold (PG017578)



Monday 2 January 2012

Selamat datang 2012..ada apa dengannya??

Setiap kali datangnya tahun baru..kebanyakan antara kita akan menyematkan azam masing2 dan cuba untuk menjadikannya sebagainya sebagai satu kenyataan dipenghujung tahun kelak..persoalannya,adakah kita betul2 berusaha ke arah itu ataupon sekadar ayat2 penyedap untuk menyambut tahun baru??..Jawapan itu saya biarkan utk pembaca sekalian menjawabnya..lagipon pembaca yang punya azam,bukan saya..:)




Di awal tahun 2012 ini,ada baiknya saya kongsikan serba sedikit info berkenaan harga emas dan  perak yang kemungkinan akan menjadi kenyataan bagi tahun 2012 berdasarkan kajian dijalankan oleh mereka2 yang terlibat secara langsung dalam industri ini.Antaranya ialah :
  1. Goldman Sachs - menjangkakan kenaikan sehingga $1810usd/oz 
  2. Morgan Stanley - mengatakan bahawa tidak mustahil kenaikan sehingga $2200 usd/oz
  3. Bank of America Merril Lynch - ahli strategi mereka mengandaikan bahawa harga emas akan meningkat sehingga $2500 usd/oz !!!
Itu adalah antara "prediction" yang dikeluarkan oleh syarikat dan bank yakni antara pemain emas dan perak terkemuka dunia.

Apakata kita tgk pula figura yang dikeluarkan oleh salah satu NGO yang dianggotai oleh penjual dan pembeli coin dan bullion emas dunia iaitu The Professional Numismatist Guild (PNG).Ditubuhkan pada tahun 1955,mereka ini adalah antara otai2 yang telah berkecimpung dalam berniagaan emas selama lebih setengah abad.Kajian dijalankan ke atas 30 org ahli dan hasilnya...
  • Harga emas suku tahun pertama 2012 - $1,759.57
  • Harga emas suku tahun keempat 2012 - $1,976.22
  • Harga perak suku tahun pertama 2012 - $34.04
  • Harga perak suku tahun keempat 2012 -$48.73
Untuk info,emas telah mengalami kenaikan harga selama 11 tahun berturut2 dan adalah satu kerugian sekiranya kita tidak mengambil kesempatan atas pelaburan yang disediakan ini.Dengan negara seperti China yang kalau dulunya adalah negara pengeksport tetapi sekarang menjadi negara pengimport..kenaikan harga emas adalah satu yang nyata.13% kenaikan permintaan terutamanya untuk industri pembuatan barang kemas  menjadikan emas sebagai satu sumber bumi yang bernilai tinggi.Ketidaktentuan situasi di timur tengah seperti di Teluk Hormuz akan melonjakkan lagi komoditi ini dipasaran global.Kedatangan tahun 2012 telah disambut oleh kerajaan Iran dengan penghasilan rod nuklear pertama dan juga pelancaran peluru berpandu jarak sederhana..semua ini akan menentukan harga emas di masa akan datang..

Apapun yang berlaku,tujuan saya hanyalah untuk berkongsi info2 semasa berkenaan emas dan perak selain menyemai kesedaran penggunaan emas dan perak untuk kegunaan harian kita.Kalau Dr.M sendiri dah cakap pasal kebaikan emas ni kita tak nak dengar,mungkin kena ajak Maloney datang kasi ceramah kat Msia baru org kita percaya kot..:)

Oklah,akhir kata dari saya,Selamat Menyambut Tahun 2012 dan jadikanlah menyimpan dan melabur dalam emas dan perak salah satu azam anda kerana sesunnguh ianya adalah suatu yang NYATA.

Wallahualam..




Berminat dengan pelaburan emas / perak?
Hubungi saya di 012-2040154 
Email di asyudi.junoh@gmail.com
Dealer Public Gold (PG017578)


Sunday 1 January 2012

Selamat tinggal 2011..

Hari ni sebenarnya adalah hari yg agak memenatkan bagi saya setelah seharian berjalan semalam..tgh malam pulak pergi tgk bunga api dekat titiwangsa..saja nak menyemakkan keadaan sambutan tahun baru yang sememangnya dah semak tuh!!hehe..

Oklah,berbalik kepada emas ..berdasarkan prestasi dari awal sehingga akhir tahun 2011,harga emas telah meningkat sebanyak 10%.Kalau ikutkan,peningkatan 10% untuk tahun 2011 tidaklah seberapa berbanding tahun2 sebelumnya tetapi harus diingat,matlamat penyimpanan emas kita adalah untuk tempoh sederhana dan panjang..(2 tahun @ lebih)..sekiranya prestasi tahun2 sebelumnya diambil kira..katakanlah untuk 5 tahun lepas (2007-2011),purata peningkatan tahunan adalah hampir 30% setahun !! Masih melebihi interm of pulangan berbanding mana2 simpanan ASB anda dsb bukan?

Nak mudah cerita,baik anda perhatikan sendiri graf kenaikan harga untuk emas bagi tahun berakhir 2011 dan juga untuk 5 tahun yang lalu ..

Graf harga emas tahun 2011
10% kenaikan 

Graf harga emas (2007-2011)
30% kenaikan setahun

Jadi,kepada sesiapa yang masih ragu2 dengan pelaburan emas dan perak ni..cepat2lah berubah..segala fakta telah terbentang didepan mata pembaca sekalian.Lumrah manusia,biasanya kita nak tunggu lagi sampai harga rendah..rendah mana lagi nak abang kakak oii?..Tapi tu lah dia..biasanya org ramai akan berebut2 nak beli emas bila graf start naik...itu semua terpulang pada kebijaksanaan anda semua..Tapi,nasihat saya ialah sementara harga emas dan perak ni masih rendah,rebutlah peluang yang ada (kemungkinan sampai raya cina je kot..:P).Mulakan pelaburan anda secepat mungkin. Bak kata omputih, fast action,fast result..remember this proverb " Bull get rich,bears get rich..but pigs get slaughtered"..
Happy new year and may god bless u !!

Wallahualam..


Berminat dengan pelaburan emas / perak?
Hubungi saya di 012-2040154 
Email di asyudi.junoh@gmail.com
Dealer Public Gold (PG017578)