Ok,berbalik kepada topik asal post ni,disebabkan ini adalah antara persoalan lazim yang ditanya oleh mereka yang baru berjinak dengan ilmu emas,mari kita tengok bersama2 ..
Emas Kuning
![]() |
![]() |
- Emas yang paling lazim didapati di pasaran dan mudah dikenali dari segi warna.
- Boleh didapati dalam pelbagai bentuk : Jongkong,barang kemas dan perhiasan
- Paling sesuai untuk pelaburan ; terutamanya yang berketulinan 99.99% (kerana nilai jualan dan belian balik yang tinggi).
Emas Putih
![]() |
- Emas yang dicampur dengan aloi2 lain seperti palladium dan perak untuk dijadikan barang kemas (cincin,gelang,rantai dsb).
- Peratusan ketulinan emasnya pelbagai dan paling tinggi biasanya 75% @ 18K (ketulinan dan karat ni akan diterangkan lebih lanjut di next post).Cth : 75% emas + 25% campuran nikel,perak atau logam lain seperti paladium.
- Warna asalnya ialah putih lesu/putih kelabu menyebabkan ianya kurang menarik.Disebabkan ini,kebiasaannya ia disadur dengan dengan logam lain seperti Rhodium untuk menjadikannya lebih putih berkilat.
Platinum
- Logam asli yang mempunyai warna putih dan tidak memerlukan campuran logam lain untuk dijadikan barang kemas/perhiasan.
- Lebih tumpat/dense berbanding emas putih.
- Kebiasaannya mempunyai ketulinan 95% (95% purity) @ emas 950.
- Harganya lebih mahal berbanding emas putih (2 kali ganda berbanding emas putih 18k!)
Bercerita mengenai prestasi minggu ini pula,harga emas telah dibuka pada 1608 usd/oz (Isnin,9/1) dan ditutup pada harga 1638 usd/oz (Jumaat ,13/1).Kenaikan tertinggi harga emas adalah 1659 usd/oz ( Khamis,12/1).Dengan pelbagai spekulas mengenai ketegangan Amerika Iran di teluk Hormuz yang masih belum selesai berserta permintaan tinggi sempena sambutan tahun baru cina ,harga emas dijangka akan terus meningkat dalam masa terdekat...
Wallahualam..
Berminat dengan pelaburan emas / perak?
Hubungi saya di 012-2040154
Email di asyudi.junoh@gmail.com
Dealer Public Gold (PG017578)
No comments:
Post a Comment