Wednesday 4 January 2012

Diversification

Hermm..sekolah mula dibuka,office pon dah start penuh (kecuali bagi ibu bapa yang mengambil cuti untuk menghantar anak2 ke sekolah).Selain itu,satu lagi perkara menarik awal2 tahun ni ialah situasi di bank!..Panjang giler org beratur..kebanyakannya nak updata ASB,ASW,ASM dsb.Pemberian dividen ASB sebanyak 7.15% +  bonus sebanyak 1.15% sedikit sebanyak telah "menceriakan" suasana di kebanyakan bank..Tapi,takkan selonggok kita nak simpan amanah saham?..takde kaedah lain ke yg lebih bermanafaat @ lebih untung?..Haa..yang ni la yang nak citer ni..sabo2.


Kepada yang biasa melabur (tak kiralah melabur kat mana pon),perkataan "diversify @ diversification" ni mesti sinonim dengan mereka.Mengikut sudut kewangan, "diversification" @ kepelbagaian ni adalah satu kaedah dimana ianya bertujuan untuk mengurangkan risiko pelaburan dengan mempelbagaikan sumber pelaburan.Pelabur bijak biasanya akan melabur di pelbagai jenis aset @ komoditi dengan harapan mendapat pulangan yang lebih tetapi dalam masa yang sama dapat mengurangkan risiko kerugian.Jesteru itu,sekiranya selama ni kita asyik melabur dalam ASB je (contoh je la),why not kita cuba try test diversify pelaburan kita.

Contohnya,kalau kita ada 20 ribu dlm ASB, kita keluarkan 10 ribu @ separuh darinya dan melabur dalam bentuk emas fizikal! Dihujung tahun kelak,cuba buat perbandingan kenaikan harga emas dan dividen yang didapati dari amanah saham..berbaloi @ tidak.No harms trying rite?Lagipon,secara tak langsung kita telah menambah portfolio pelaburan kita.Nah..sekarang kita telah diversify pelaburan kita dan secara tak langsung dah jadi pelabur bijak cam dik cerdas..




Kalau sebelum ni kita melabur dalam bentuk stock market,property dan amanah saham...


Apa kata kita "DIVERSIFY" pelaburan kita dalam bentuk "EMAS"

Betul..emas tidak menjanjikan dividen dan jarang mendambakan kita dengan "thrilling spike" seperti mana forex@ kebanyakan jenis pelaburan lain TETAPI...ianya adalah satu aset yang nilainya berkadar terus dengan peningkatan tahun,mepunyai nilai intrinsik,mudah dijual beli (liquid) dan diperdagangan di pasaran global 24 7.Dari segi kenaikan tahunan..rasanya saya telah bercerita di post saya sebelum2 ini dan sememangnya berbaloi2..Kalau ada update terbaru mungkin boleh di-repost balik.Saya pasti ramai dikalangan kita telah update buku amanah saham masing2 dan inilah peluang terbaik @ masa yang sesuai untuk melakukan gold investment diversification..kerana apa?Kerana harga yang masih rendah dipasaran dan juga mudah untuk kita membuat perbandingan kelak..

Ohh..berkenaan emas pula,seperti diduga..setelah menceruni laluan sukar sehingga ke paras 1523 usd/oz pada 29 Dec 2011..harganya kembali stabil dan mencecah paras tertinggi dalam tempoh 10 minggu iaitu di paras melebihi 1600 usd/oz smlm (Selasa,3 jan)..Phew..Kebimbangan berkenaan penghasilan tenaga nuklear Tehran,kenaikan harga minyak global dan kejatuhan dollar berbanding ringgit mengukuhkan lagi nilai emas pada minggu ini.

Wallahualam..


Berminat dengan pelaburan emas / perak?
Hubungi saya di 012-2040154 
Email di asyudi.junoh@gmail.com
Dealer Public Gold (PG017578)



No comments:

Post a Comment