Tuesday 31 January 2012

HARGA EMAS JANUARI 2012 : PERMULAAN TERBAIK SEMENJAK 1983!!

Sebelum memulakan coretan mengenai satu lagi topik yang agak menarik hari ini, selamat menyambut Hari Wilayah diucapkan kepada semua warga kerja yang berada di ibu kota dan selamat bekerja bagi mereka yang berada di luar Kuala Lumpur.Tajuk yang ingin saya huraikan kali ini sebenarnya agak menarik untuk kita kaji dan fikirkan terutama bagi mereka yang masih ragu2 mengenai keupayaan emas dalam menjaga harta kekayaan kita semua..

Okeh,mari kita tgk bersama2 graf harga emas duni bagi awal tahun ini iaitu Januari 2012.





Harga Emas January 2012




Berdasarkan graf di atas,antara yang dapat dirumuskan ialah :
  • Harga meningkat dari 1570 usd/oz sehingga 1730usd/oz iaitu peningkatan sebanyak 160usd/oz.Dalam ertikata lain,peningkatan harga emas bagi Januari sahaja adalah sebanyak 10.2% sebulan !!.Cuba bayangkan sekiranya peningkatan ini adalah konsisten.. Berapa banyakkah appreciation value nilai emas anda pada penghujung tahun ini??..Tentu menarik bukan?
  • Terdapat 2 kali peningkatan harga emas secara mendadak iaitu dipermulaan tahun baru  (2-3 Januari) dan selepas sambutan tahun baru cina (24-25 Jan).Kenapa ini terjadi??..cuba kita tgk graf untuk 2 bulan yang terdahulu pula..Dec 2011 - Januari 2012
Harga Emas December 2011 dan January 2012


  • Peningkatan drastik kali pertama berlaku sesudah pengambilan untung/penjualan emasdilakukan oleh pelabur emas dunia di hujung tahun 2011.Untuk makluman,penghujung 2011 merupakan bottom line bagi kejatuhan harga emas untuk tahun tersebut (harga lebih kurang 1530usd/oz) dan sesiapa yang telah membeli emas pada masa tersebut maka sgt2 beruntunglah mereka..
  • Peningkatan drastik kali kedua pula antara lain disebabkan oleh pengumuman yang dibuat oleh U.S Federal Reserve untuk mengekalkan interest rate pada kadar hampir 0% (ulta low) bagi menggerakkan ekonomi mereka (dan dunia) sehingga tahun 2014..bermakna harga emas akan menyaksikan kenaikan yg stabil bagi tempoh 3 tahun yang akan datang..
  • Selain daripada faktor tersebut,antara faktor2 lain yang menjadi pemangkin kepada kenaikan harga emas di awal tahun ini ialah
    • Kelemahan ekonomi negara2 eropah yang masih berterusan seperti Greece,Ireland,Itali,Sepanyol dan Portugal..(Negara2 ni semua bukan negara kelas ke-2 atau 3..tetapi mengapa boleh jadi begini?..fikir2kan lah..)
    • Krisis ketenteraan Iran - Amerika di teluk Hormuz berikutan isu nuklear yang masih belum reda
    • Kekangan ekonomi yang dikenakan dunia (diterajui Amerika) terhadap Iran menyebabkan harga minyak kembali meningkat (Untuk info,Iran adalah salah sebuah negara pengeluar terbesar minyak dunia).
    • Sambutan Tahun Baru Cina ( pembelian emas sebagai hadiah @ token )
    • Ha...yang paling menarik ialah apabila India dan China bersedia untuk membeli minyak dari Iran dengan menggunakan EMAS..hermm, oil for gold..

Pada pendapat saya,mana2 pelabur yang masih dalam keadaan tercari2 sumber pelaburan yang selamat dan menjanjikan pulangan yang berbaloi @ tinggi..beralihlah kepada EMAS sekarang..Kerana apa? kerana awal tahun 2012 ialah ...PERMULAAN TERBAIK SEMENJAK 1983!!

Wallahualam..


Berminat dengan pelaburan emas / perak?
Ingin membeli @ menjadi agent ?
Hubungi saya di 012-2040154 
Email di asyudi.junoh@gmail.com
Dealer Public Gold (PG017578)

No comments:

Post a Comment