Monday 2 January 2012

Selamat datang 2012..ada apa dengannya??

Setiap kali datangnya tahun baru..kebanyakan antara kita akan menyematkan azam masing2 dan cuba untuk menjadikannya sebagainya sebagai satu kenyataan dipenghujung tahun kelak..persoalannya,adakah kita betul2 berusaha ke arah itu ataupon sekadar ayat2 penyedap untuk menyambut tahun baru??..Jawapan itu saya biarkan utk pembaca sekalian menjawabnya..lagipon pembaca yang punya azam,bukan saya..:)




Di awal tahun 2012 ini,ada baiknya saya kongsikan serba sedikit info berkenaan harga emas dan  perak yang kemungkinan akan menjadi kenyataan bagi tahun 2012 berdasarkan kajian dijalankan oleh mereka2 yang terlibat secara langsung dalam industri ini.Antaranya ialah :
  1. Goldman Sachs - menjangkakan kenaikan sehingga $1810usd/oz 
  2. Morgan Stanley - mengatakan bahawa tidak mustahil kenaikan sehingga $2200 usd/oz
  3. Bank of America Merril Lynch - ahli strategi mereka mengandaikan bahawa harga emas akan meningkat sehingga $2500 usd/oz !!!
Itu adalah antara "prediction" yang dikeluarkan oleh syarikat dan bank yakni antara pemain emas dan perak terkemuka dunia.

Apakata kita tgk pula figura yang dikeluarkan oleh salah satu NGO yang dianggotai oleh penjual dan pembeli coin dan bullion emas dunia iaitu The Professional Numismatist Guild (PNG).Ditubuhkan pada tahun 1955,mereka ini adalah antara otai2 yang telah berkecimpung dalam berniagaan emas selama lebih setengah abad.Kajian dijalankan ke atas 30 org ahli dan hasilnya...
  • Harga emas suku tahun pertama 2012 - $1,759.57
  • Harga emas suku tahun keempat 2012 - $1,976.22
  • Harga perak suku tahun pertama 2012 - $34.04
  • Harga perak suku tahun keempat 2012 -$48.73
Untuk info,emas telah mengalami kenaikan harga selama 11 tahun berturut2 dan adalah satu kerugian sekiranya kita tidak mengambil kesempatan atas pelaburan yang disediakan ini.Dengan negara seperti China yang kalau dulunya adalah negara pengeksport tetapi sekarang menjadi negara pengimport..kenaikan harga emas adalah satu yang nyata.13% kenaikan permintaan terutamanya untuk industri pembuatan barang kemas  menjadikan emas sebagai satu sumber bumi yang bernilai tinggi.Ketidaktentuan situasi di timur tengah seperti di Teluk Hormuz akan melonjakkan lagi komoditi ini dipasaran global.Kedatangan tahun 2012 telah disambut oleh kerajaan Iran dengan penghasilan rod nuklear pertama dan juga pelancaran peluru berpandu jarak sederhana..semua ini akan menentukan harga emas di masa akan datang..

Apapun yang berlaku,tujuan saya hanyalah untuk berkongsi info2 semasa berkenaan emas dan perak selain menyemai kesedaran penggunaan emas dan perak untuk kegunaan harian kita.Kalau Dr.M sendiri dah cakap pasal kebaikan emas ni kita tak nak dengar,mungkin kena ajak Maloney datang kasi ceramah kat Msia baru org kita percaya kot..:)

Oklah,akhir kata dari saya,Selamat Menyambut Tahun 2012 dan jadikanlah menyimpan dan melabur dalam emas dan perak salah satu azam anda kerana sesunnguh ianya adalah suatu yang NYATA.

Wallahualam..




Berminat dengan pelaburan emas / perak?
Hubungi saya di 012-2040154 
Email di asyudi.junoh@gmail.com
Dealer Public Gold (PG017578)


2 comments: