Friday 27 January 2012

JENIS-JENIS EMAS:PART 2

Fuhh..terasa cam lama je dah tak update blog ni.setelah menghadiri kursus selama seminggu ditambah dengan cuti sempena raya cina lagi seminggu..hampir 2 minggu tak sempat nak pegang laptop.Nak update ikut handphone macam tak sesuai la pulak..

Ok,sekarang kita sambung pulak dengan cerita pasal emas lagi.kali ni berkenaan gred2 emas yang ada dipasaran kita..meh tgk..


APA ITU KARAT ( K ) ?

KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.
24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.


JENIS EMAS    KETULENAN (KARAT)    % KANDUNGAN EMAS
24 K                    999                                        99.9
22.8 K                 950                                        95.0
22 K                    916                                        91.6
21 K                    875                                        87.5
20 K                    835                                        83.5
18 K                    750                                        75.0
14 K                    583                                        58.3
9 K                      375                                        37.5


Jika mengikut pengiraan standard, emas 24K adalah emas paling tulen dengan peratus ketulenan emas 99.99%, iaitu logam emas tanpa campuran logam lain. Ianya juga dikenali sebagai Emas 999.Bagi orang dulu2,mereka juga mengenalinya sebagai Emas Kertas @ Emas Sepuluh @ Chuk Kam.

Oleh kerana sifat emas yang lembut dan mudah ditempa, ia biasanya dicampurkan dengan logam lain biasanya Silver (perak) untuk menjadikan ia lebih keras dan dapat dibuat bentuk seperti cincin, rantai dan gelang dengan corak yang menarik.Campuran emas dengan logam lain inilah menjadikan peratusan ketulinan emasnya pelbagai.

Nama-nama lama panggilan kepada Emas :

Emas 1 Dinar = 4.25gm
Emas Se Amas = 2.551 gm
Emas Se Rial =2.70 gm
Emas Se Kupang = 0.64 gm
Emas 2 Kupang = 1.28 gm ( Kupang Terengganu )
Emas 6 Suku ( sama dengan 1½ mayam ) = 5.06 gm
Emas 5 Busak ( sama dengan ½ Mayam ) = 1.69 gm

Emas yang paling sesuai untuk pelaburan?

Kalau diikutkan,emas yang paling sesuai untuk dibeli@dimiliki oleh mana2 pelabur bagi mendapatkan pulangan yang maksima ialah emas 24k@999.Kebiasaannya emas jenis ini didapati dalam bentuk jongkong atau coins.Selain harganya yang tinggi (paling mahal diantara jenis2 emas lain),ianya juga mempunyai nilai perbezaan harga jual dan beli (spread value) yang kecil dan ini mempercepatkan proses mendapatkan keuntungan meskipon dalam tempoh yang singkat@sederhana.




Gambar di atas merupakan contoh sebenar emas fizikal yang boleh anda miliki sekiranya berminat untuk melabur dalam emas.Caranya sungguh mudah..beli,simpan dan jual balik kepada saya@mana2 cawangan Public Gold setelah harganya meningkat kelak..
Fikir2kanlah untuk kesenangan kita dimasa hadapan..


Wallahualam..

Berminat dengan pelaburan emas / perak?
Ingin membeli @ menjadi agent ?
Hubungi saya di 012-2040154 
Email di asyudi.junoh@gmail.com
Dealer Public Gold (PG017578)

No comments:

Post a Comment